Semoga penjelasan ini membantu.
Cover image via mStar & Google Gemini
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Amalan meletakkan bunga di atas pusara insan tersayang sering dilakukan masyarakat Islam ketika menziarahi kubur
Selain dianggap sebagai tanda kasih dan ingatan kepada mereka yang telah meninggal dunia, amalan itu juga menimbulkan persoalan mengenai hukumnya dari sudut agama.
Namun, adakah perbuatan meletakkan bunga di atas kubur benar-benar satu sunnah yang dianjurkan Rasulullah SAW atau sekadar adat yang diamalkan sejak turun-temurun?

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google GeminiPeristiwa Rasulullah SAW meletakkan pelepah tamar
Menurut laporan Waktu Solat Malaysia, kekeliruan mengenai amalan ini sering dikaitkan dengan peristiwa Rasulullah SAW meletakkan pelepah tamar yang masih basah di atas dua buah kubur.
Perkara itu dilakukan selepas baginda diberitahu bahawa kedua-dua penghuni kubur berkenaan sedang menerima azab. Baginda kemudian membelah pelepah tamar tersebut kepada dua bahagian sebelum meletakkan setiap satunya di atas kubur berkenaan.
Peristiwa itu diriwayatkan dalam hadis sahih al-Bukhari dan sering dijadikan sandaran oleh sesetengah pihak untuk mengaitkan amalan meletakkan tumbuhan di atas pusara.
Bagaimanapun, perbuatan Rasulullah SAW itu tidak semestinya menjadi dalil bahawa umat Islam disunatkan meletakkan bunga di atas setiap kubur ketika menziarahinya.
Difahamkan, tindakan tersebut mempunyai konteks tersendiri dan tidak boleh terus dianggap sebagai amalan umum yang dituntut daripada setiap Muslim.
Adakah meletakkan bunga di atas kubur disunatkan?

Gambar sekadar hiasan.
Image via mStarDalam perbincangan fiqah, Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa meletakkan pelepah tamar, bunga atau seumpamanya di atas kubur bukanlah amalan yang disunatkan secara umum.
Hal ini kerana tiada arahan umum daripada Rasulullah SAW yang menetapkan perbuatan meletakkan bunga sebagai amalan sunat ketika menziarahi pusara.
Oleh itu, masyarakat perlu membezakan antara perbuatan yang mempunyai sandaran khusus daripada Rasulullah SAW dengan amalan yang dilakukan berdasarkan kebiasaan atau adat setempat.
Walaupun bunga sering dianggap sebagai lambang kasih sayang dan penghormatan kepada si mati, ia tidak seharusnya disamakan dengan ibadah yang mempunyai tuntutan khusus dalam Islam.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
