Jumlah pekerja formal warganegara turut bertambah 3.3 peratus kepada 7.20 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Jun 2025.
Cover image via Google Gemini & Kosmo!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pekerja wanita di sektor formal Malaysia menerima median upah bulanan RM36 lebih rendah berbanding pekerja lelaki pada Jun 2026, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) menerusi laporan Kosmo!, bagi suku kedua 2026, pekerja lelaki mencatatkan median upah bulanan sebanyak RM3,000, manakala pekerja wanita menerima RM2,964.
DOSM memaklumkan, pekerja formal lelaki merangkumi 55.1 peratus daripada keseluruhan pekerja formal warganegara Malaysia, bersamaan 3.97 juta orang.
Sementara itu, pekerja wanita mewakili 44.9 peratus atau kira-kira 3.23 juta orang daripada jumlah keseluruhan pekerja formal.
Secara keseluruhan, median upah bulanan pekerja sektor formal meningkat sebanyak 4.8 peratus kepada RM3,000 pada Jun 2026 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiJumlah pekerja formal warganegara turut bertambah 3.3 peratus kepada 7.20 juta orang berbanding 6.97 juta orang pada Jun 2025.
Dari segi sektor ekonomi, perlombongan dan pengkuarian merekodkan median upah bulanan tertinggi sebanyak RM6,722, manakala sektor pertanian mencatatkan jumlah terendah iaitu RM2,282.
Mengikut negeri pula, Kuala Lumpur mencatatkan median upah bulanan tertinggi sebanyak RM4,245, diikuti Selangor (RM3,245) dan Pulau Pinang (RM3,000).
Sebaliknya, Kelantan merekodkan median upah terendah pada RM1,827, diikuti Perlis (RM1,864) dan Sabah (RM2,045).
Laporan itu turut menunjukkan peratus pekerja formal yang menerima upah bulanan di bawah RM1,700 menurun kepada 8.2 peratus pada Jun 2026 berbanding 10.4 peratus pada bulan sama tahun sebelumnya

Gambar janaan AI.
Image via Google GeminiDalam analisis persentil, 10 peratus pekerja formal dengan upah terendah menerima RM1,700 atau kurang sebulan, manakala kumpulan 10 peratus berupah tertinggi memperoleh sekurang-kurangnya RM9,600 sebulan.
Secara keseluruhan, pasaran buruh formal Malaysia kekal stabil pada suku kedua 2026, didorong oleh peningkatan jumlah pekerja serta median upah bulanan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
