Inilah yang orang kata rezeki tak pernah salah alamat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerugian RM12,000 ketika berusia 18 tahun tidak mematahkan semangat Danial Anas Aizat Ahmad Samhan, 22, untuk kembali berniaga sehingga berjaya membina jenama minyak wanginya sendiri
Menurut laporan Harian Metro, Danial sebelum ini bekerja sebagai pramugara selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, dia mengambil keputusan meninggalkan kerjaya itu selepas menyedari jadual penerbangan yang tidak menentu menyukarkannya menguruskan perniagaan.
Menurutnya, dia pernah menghasilkan jenama kosmetik sendiri pada usia 18 tahun, tetapi mengalami kerugian RM12,000 akibat kurang pengalaman dan kesukaran menjual produk.


"Waktu itu saya masih muda dan tidak fikir panjang. Nak buat produk memang senang, tetapi nak jual itu susah. Walaupun pernah rugi, saya fikir saya nak cuba sekali lagi dan cabar diri sendiri," katanya.
Kali ini, Danial memilih perniagaan minyak wangi berdasarkan minatnya terhadap wangian. Dia juga sering menerima pertanyaan mengenai minyak wangi yang dipakainya ketika bertugas sebagai pramugara.
Usahanya membuahkan hasil apabila 300 unit minyak wangi yang dilancarkan menerusi TikTok habis terjual dalam masa hanya 10 minit
Pengalamannya menghasilkan kandungan mengenai rutin sebagai pramugara sehingga meraih hampir 100,000 pengikut di TikTok turut membantunya memahami kepentingan pemasaran dalam perniagaan.
Ketika masih bekerja, Danial menguruskan pesanan dan membungkus produk pada waktu rehat selepas penerbangan sebelum menghantarnya kepada pelanggan.
Kini, dia memberi tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dari rumah dan merancang memperluaskan jualan menerusi platform e-dagang lain serta laman web sendiri. Dia turut mempertimbangkan untuk menceburi perniagaan pakaian.



Danial menasihati golongan muda supaya berani mencuba, namun perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan memahami strategi pemasaran sebelum memulakan perniagaan.
"Jangan pernah takut. Kita kena berani buat dulu, baru kita tahu dan belajar dari kesilapan, apa yang betul dan salah. Kalau nak mencuba, buat dengan ilmu," katanya.
Lihat posting di bawah:
@coffeeniel From flying for a living to building a living of my own. I used to serve the world above the clouds, now I'm building my own world, one dream at a time ❤️ #fyp ♬ original sound – MiorNaufal – mnart__
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
