Selamat bercuti para guru dan murid sekolah di seluruh Malaysia!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan cuti tambahan sempena sambutan perayaan Deepavali bagi sesi persekolahan 2026
Bagi tahun 2026, hari raya Deepavali dijangka jatuh pada hari Ahad, 8 November 2026.
Memandangkan hari perayaan utama jatuh pada hujung minggu, rakyat Malaysia berpeluang menikmati cuti panjang (long weekend) yang amat sesuai untuk pulang ke kampung halaman atau meluangkan masa bersama keluarga.
Peruntukan cuti peristiwa atau cuti tambahan ini diselaraskan mengikut kumpulan negeri bagi memastikan kelancaran takwim akademik tahunan di samping menghormati kepelbagaian perayaan kaum di negara ini.

Berikut jadual cuti tambahan yang diumumkan KPM seperti dikongsi dalam Kalendar Akademik Sesi 2026:
- Kumpulan A: Sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 8 November (Ahad) dan 9 November (Isnin).
- Kumpulan B: Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya akan bercuti pada 9 November (Isnin) dan 10 November (Selasa).
- Manakala Sarawak (Kumpulan B) pula akan bercuti sehari sahaja iaitu pada 9 November (Isnin).
ㅤ

Gambar sekadar hiasan
Image via BERNAMA via NSTBagi pekerja sektor swasta dan awam di negeri Kumpulan B, anda secara automatik akan mendapat cuti selama 3 hari berturut-turut (Sabtu hingga Isnin). Namun, anda boleh memanjangkan cuti ini menjadi 4 hari dengan strategi mudah ini:
- Sabtu, 7 November 2026: Cuti Hujung Minggu
- Ahad, 8 November 2026: Hari Deepavali
- Isnin, 9 November 2026: Cuti Ganti Rasmi
- Selasa, 10 November 2026: Mohon Cuti Tahunan (Annual Leave)
ㅤ
Dengan memohon cuti tahunan pada hari Selasa, tarikh cuti anda akan selari dengan cuti sekolah anak-anak (Kumpulan B), sekaligus memberikan masa yang cukup untuk bercuti tanpa gangguan kerja.
Pemberian cuti tambahan ini memberi kelegaan besar kepada masyarakat India khususnya para pendidik dan kakitangan sekolah yang meraikan Pesta Cahaya untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tercinta.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

FOLLOW SAYS
